Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

CEMAS !! Bayi Mabuk, Dikejarkan Ke Hospital


Amerika Syarikat
 – Seorang bayi berusia enam minggu dikejarkan ke hospital selepas ibunya secara tidak sengaja mencampurkan susunya dengan vodka.
Paras alkohol dalam darah bayi itu mencecah 0.294, tiga kali lebih tinggi daripada paras yang dibenarkan untuk pemandu dewasa, selepas dia diberi minum susu formula yang dicampurkan dengan arak itu.
Penyiasat percaya kejadian Isnin lalu itu tidak disengajakan dan ibu bapa bayi berkenaan tidak akan didakwa berhubung kejadian itu, kata jurucakap polis Kenosha di Wisconsin Bradley Hetlet.
Bagaimanapun, si bapa, Brian Smith, 22, akan didakwa atas tuduhan berkait dengan keganasan rumah tangga yang berlaku selepas kejadian berkenaan.
Menurut Hetlet, ibu kanak-kanak itu memberitahu polis, dia mengisi air ke dalam bekas untuk dicampur dengan susu tepung sebelum meninggalkan dapur seketika.
Bapa bayi itu masuk ke dapur dan membuang air dalam bekas itu sebelum mengisikannya dengan vodka dengan tujuan membawanya ke rumah rakannya.
Apabila si ibu masuk semula ke dapur, dia mencampurkan dua auns vodka berkenaan dengan susu tepung bayinya dan memberi kanak-kanak itu minum.
Pasangan itu menyedari kesilapan mereka apabila melihat bayi mereka berkelakuan luar biasa.
“Pergaduhan berlaku antara pasangan suami isteri itu. Beberapa anggota keluarga juga campur tangan sebelum pasukan kecemasan tiba dan membawa bayi itu ke hospital,” kata Hetlet.
Laporan terbaru menyatakan, bayi itu terselamat dan sudah dibenarkan dibawa pulang.
1 Komen untuk "CEMAS !! Bayi Mabuk, Dikejarkan Ke Hospital"

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA