Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

CILI PADI !! Budak Ini Tumpaskan Dua Penyamun Berparang


CILI PADI !! Budak Ini Tumpaskan Dua Penyamun Berparang

Klang: “Ketika penyamun asyik menggeledah bilik dan rumah, saya memberanikan diri untuk menyusup keluar melalui pintu depan dan berlari sepantas mungkin ke rumah pak cik untuk memaklumkan kejadian.

“Dalam fikiran saya hanya mahu menyelamatkan ayah dan emak serta adik beradik lain daripada diapa-apakan penyamun,” kata Amar Shazlan Nor Azli, 11, mengenai kejadian samun di rumahnya di Kampung Budiman, Meru, dekat sini, Khamis lalu.

Amar boleh dianggap sebagai ‘wira’ apabila sanggup bergadai nyawa bagi mendapatkan bantuan ketika rumahnya disamun tiga lelaki berparang dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu.

Tindakan beraninya berbaloi apabila dua daripada tiga penyamun warga Indonesia itu berjaya dicekup penduduk kampung selepas bergelut dengan suspek yang cuba meloloskan diri.

Penyamun masuk melalui tingkap yang dipotong dan tiga anak mangsa yang tidur di ruang tamu tidak diikat kerana suspek beranggapan kanak-kanak itu bukan ancaman kepada mereka.
0 Komen untuk "CILI PADI !! Budak Ini Tumpaskan Dua Penyamun Berparang"