Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

FELIXIA YEAP KECAM PENYOKONG PARTI AMANAH NEGARA GUNA GAMBARNYA

felixia-yeap

FELIXIA YEAP KECAM PENYOKONG PARTI AMANAH NEGARA GUNA GAMBARNYA

Model Felixia Yeap mengecam dan enggan dirinya dikaitkan dengan parti yang baru dilancarkan, Parti Amanah Negara (Amanah), selepas gambar kononnya menunjukkan beliau menyokong parti itu tersebar di rangkaian sosial.

Bekas model majalah Playboy yang memeluk Islam pada Julai tahun lepas itu berkata beliau tidak mahu gambar atau namanya digunakan untuk sesuatu yang mempunyai kaitan dengan politik.

"Saya tidak berminat untuk terlibat apa-apa yang berkaitan politik. Sila padam gambar ini. Keadaan terdesak anda membuat anda kelihatan menyedihkan," kata Felixia atau nama Islamnya Raisha Rania, dalam laman Facebooknya, Sabtu.

Gambar itu dimuatnaik oleh seorang penyokong Parti Amanah yang menggunakan nama 'Abe Is'. Paparan menunjukkan gambarnya dengan kata-kata, "Saya Felixia Orang Cina & Beragama Islam" dan "Islam rejects racism".


Tindakan itu dilihat semata-mata ingin meraih populariti parti itu dengan memasukkan kata-kata anti perkauman. Sebaliknya ia dianggap mencuri kerana sewenang-wenangnya menggunakan gambar Felixia tanpa ada kaitan dan kebenaran daripadanya. Terdapat juga simbol Amanah dalam gambar tersebut.

Menganggap ia boleh mendatangkan fitnah, Felixia meminta orang ramai untuk 'viralkan' perkara ini.

Parti Amanah telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September dengan acara itu dihadiri oleh pemimpin PKR dan DAP.

Kepimpinan tertingginya terdiri daripada bekas ahli-ahli progresif PAS yang diketuai oleh Mat Sabu.

- Mstar

Lebih teruk, parti AMANAH turut menciplak logo daripada sebuah stesen televisyen India, Imayam. - infokini.my


0 Komen untuk "FELIXIA YEAP KECAM PENYOKONG PARTI AMANAH NEGARA GUNA GAMBARNYA"