Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

Jumpa Mayat Ibu, Anak Pula


Shah Alam: Dua lagi mayat ditemui di kawasan Ladang Kelapa Sawit Felcra Batu 7, Sijangkang, Banting kira-kira 7.30 malam tadi susulan penemuan mayat kanak-kanak lelaki warga Kemboja berusia enam tahun dan neneknya berusia 75 tahun di lokasi sama, kelmarin.

Mayat itu ditemui sepasukan polis yang melakukan siasatan selepas membawa suspek berusia 31 tahun ke lokasi kejadian semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, dua mayat yang ditemui semalam adalah ibu dan anak berusia 34 dan 13 tahun.

Beliau berkata, siasatan polis mendapati suspek membawa kedua-duanya menaiki motosikal ke lokasi kejadian sebelum membunuh mereka dan selepas itu pulang mengambil dua lagi mangsa iaitu kanak-kanak berusia enam tahun dan neneknya.

"Siasatan mendapati ibu dan anaknya dibunuh terlebih dulu sebelum suspek pulang dan mengambil kanak-kanak lelaki, kakaknya dan nenek.

"Motif kejadian dipercayai membabitkan penjualan dadah namun siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

Menurutnya, suspek direman sehingga 13 September ini untuk siasatan lanjut.
Keempat-empat mangsa mempunyai pertalian keluarga.
0 Komen untuk "Jumpa Mayat Ibu, Anak Pula"