Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

KATA-KATA Bekas Pemain Bola Sepak Malaysia Lim Teong Kim Kepada FAM Ini Memang TERBAIK !!

KATA-KATA Bekas Pemain Bola Sepak Malaysia Lim Teong Kim Kepada FAM Ini Memang TERBAIK !!


Kuala Lumpur: Kekecohan yang dicetus kumpulan penyokong bola sepak Ultras Malaya di Stadium Shah Alam kelmarin, tidak sedikit pun mengundang rasa terkejut atau hairan buat Pengarah Teknikal Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) Lim Teong Kim (gambar) apabila berpendapat itulah natijah yang harus ditelan apabila gagal meraih sebarang keputusan positif diperingkat antarabangsa.

Malah, katanya ia bukan penyakit (merusuh) yang hanya terjadi di negara ini tetapi turut berlaku di seluruh dunia terutama membabitkan prestasi merudum sesebuah pasukan.

“Saya bukan mahu menyatakan tindakan mereka (Ultras Malaya) betul atau salah, tapi itulah hakikatnya yang mesti diterima FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) sekiranya masih tidak bangkit daripada ‘tidur’.

Lim Teong Kim

“Penyokong ada hak kerana mereka hadir ke stadium bukannya percuma. Mereka marah sebab sayang kepada bola sepak negara. Apa yang berlaku itu bukannya perkara baru sebaliknya di Eropah juga sering terjadi apabila pasukan negara mengalami kekalahan teruk.

“Jangan salahkan penyokong bulat-bulat, sebaliknya akui kelemahan dengan segera serta lakukan perubahan secara menyeluruh terutama mantapkan soal pembangunan bakat baru supaya negara tidak ketandusan pemain.

“Ini tidak, FAM terlalu sibuk menumpukan Liga Malaysia (Liga-M) hingga sanggup mengabaikan mengenai pembangunan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Bagaimanapun, beliau mempertikaikan isu keselamatan yang seharusnya dipantau dan dikawal dengan rapi oleh badan induk bola sepak tempatan itu bersama pihak berkuasa.

“Jangan terkejut sekiranya penyokong mengamuk lagi selepas ini sekiranya masih ditadbir dengan cara lama,” katanya. lapor myMetro
1 Komen untuk "KATA-KATA Bekas Pemain Bola Sepak Malaysia Lim Teong Kim Kepada FAM Ini Memang TERBAIK !!"

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA