Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

Khairy Jamaluddin Kesal Penyokong 'BIADAP'

Kuala Lumpur – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kesal dengan perbuatan penyokong yang membaling suar ketika aksi Malaysia-Arab Saudi di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.
Beliau yang berada di stadium, menyifatkan ia sebagai perbuatan yang memalukan negara dan mengkritik pihak stadium kerana gagal mengawal keadaan.
Perlawanan antara Malaysia dan Arab Saudi sebelum itu dihentikan pada minit ke-88.
Menerusi Twitternya, Khairy berkata: “Saya ada di Stadium SA malam ini. Melihat sendiri insiden yang memalukan. Baling suar salah. Kawalan stadium gagal,”.
0 Komen untuk "Khairy Jamaluddin Kesal Penyokong 'BIADAP' "