Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

Lelaki Ini Ditemui Dengan Kesan Terbakar


Alor Setar – Seorang lelaki dengan kesan terbakar dari paras pinggang ke atas ditemui orang awam di tepi jalan di hadapan kilang Perwaja Steel, Gurun, kata polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, laporan berhubung lelaki terbabit yang berumur pertengahan 30-an itu diterima Polis Pondok Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani pada 2.05 pagi ini.

Polis masih menyiasat latar belakang mangsa yang terbakar 35 peratus dan masih tidak sedarkan diri, katanya dalam kenyataan, Sabtu.
0 Komen untuk "Lelaki Ini Ditemui Dengan Kesan Terbakar"