Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

MISTERI !! ‘Hati Berdetik Anak Hidup’ - Luahan Ayel Ajib

MISTERI !! ‘Hati Berdetik Anak Hidup’ - Luahan Ayel Ajib

Gua Musang: “Saya sudah buntu fikirkan di mana dia berada,” kata Ayel Ajib, 48, bapa kepada Ika, 9, yang hilang di hutan dekat Pos Tohoi bersama enam murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, di sini, sejak 23 Ogos lalu.

Murid yang lain adalah Mirsudiar Aluj, 11, Noreen Yaakob, 10, Sasa Sobrie, 8, Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7.

Mereka hilang selepas melarikan diri dari asrama sekolah kerana bimbang dimarahi guru berikutan mandi sungai.

Ayel berkata, dia percaya anaknya masih lagi hidup dan tidak menolak kemungkinan dilarikan atau disembunyikan pihak tertentu.

“Kalau benar dia melarikan diri untuk pulang ke rumah, sepatutnya sudah lama dia sampai, tetapi sampai sekarang, masuk dua minggu lebih, dia tidak ditemui lagi.

“Saya sendiri sudah buntu fikir kemungkinan yang berlaku ke atas diri dia dan rakannya. Jejak tiada, petunjuk kuat pun tiada, apa lagi? Tidak mustahil juga mereka dilarikan.

“Sebelum ini banyak orang luar yang masuk ke kampung ini. Tak mustahil itu boleh berlaku,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Penad, di sini, semalam.

Kampung Penad terletak kira-kira 25 kilometer dari Pos Tohoi.

Bagi ibu Juvina, Shiela Omar, 26, sebelum kehilangan anak keduanya itu, dia sudah dua bulan tidak menemuinya berikutan dia bersekolah dan tinggal di asrama sekolah terbabit.
Katanya, hatinya kuat mengatakan anaknya masih hidup dan mahu usaha mencari diperluaskan lagi.

“Ini sudah 17 hari (semalam) dia hilang dan tiada jejak. Jika dia bukan hilang di hutan, mungkin juga diculik atau dilarikan orang. Tak boleh nafikan kemungkinan itu.

“Kena siasat perkara ini juga. Saya yakin dia masih hidup,” katanya.

Menurutnya, Juvina baru sembilan bulan bersekolah dan tidak pernah pulang ke rumah seorang diri melainkan dengan saudara yang lebih berusia. lapor myMetro.
0 Komen untuk "MISTERI !! ‘Hati Berdetik Anak Hidup’ - Luahan Ayel Ajib"