Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

Polis Lepas Meriam Air ke Arah Peserta Baju Merah

Kuala Lumpur – Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa melepaskan tembakan meriam air ke arah peserta baju merah berhampiran Petaling Street dan Pasar Budaya.
Tindakan itu dibuat bagi menghalang mereka bertindak lebih agresif selepas beberapa insiden termasuk wartawan sebuah portal dipanggil ‘Cina babi’ selepas dia menegur tindakan seorang wanita berketurunan Cina membawa poster 13 Mei.
Sejurus selepas itu, satu lagi insiden berlaku apabila seorang peserta mengalami kecederaan di kepala selepas dibaling dengan objek.
Sekitar jam 4.40 petang, FRU tiba dan membunyikan loceng amaran sebelum bertindak menyembur air ke arah peserta.
0 Komen untuk "Polis Lepas Meriam Air ke Arah Peserta Baju Merah"