Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

Punca Singa Betina Ini Ditembak Lebih 20 Tembakan..

Beijing – Seekor singa betina yang berjaya melepaskan diri dari lori ditembak sehingga mati oleh polis di lebuh raya di China hari ini, lapor AFP.
Bagaimana haiwan yang dilindungi itu boleh berada di lebuh raya di Anhui tidak berapa jelas, tetapi membela secara haram spesies terancam bukan perkara luar biasa di China.
Pegawai polis telah melepaskan “lebih daripada 20 tembakan” untuk membunuh singa betina selepas mengambil masa terlalu lama untuk mendapatkan senapang penenang, menurut laporan portal anhuinews.com, yang dikendalikan oleh media rasmi wilayah timur ini.
Haiwan itu dipercayai telah melompat keluar dari sangkar yang longgar di atas lori, dan dilanggar oleh lori lain, katanya. Singa tersebut terus berjalan ke arah kawasan lebuh raya dan memaksa pekerja berdekatan melakukan sekatan jalan raya menggunakan kenderaan.
Tiga ahli politik tempatan di bandar timur Pingdu didapati telah membela sekurang-kurangnya 11 ekor harimau Siberia terancam selepas salah satu daripada haiwan tersebut ditemui mati dari bangunan yang tinggi, laporan media China pada bulan Mac.
0 Komen untuk "Punca Singa Betina Ini Ditembak Lebih 20 Tembakan.."