Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

Siasat Tun M Berhubung Isu Kad Pengenalan Di Sabah

Mahathir3
Siasat Tun M Berhubung Isu Kad Pengenalan Di Sabah

Kota Kinabalu –  Seorang aktivis politik dan penulis bebas di Sabah pada Isnin membuat laporan polis meminta pihak berkuasa membuka kertas siasatan berhubung dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terlibat dalam pengeluaran kad pengenalan palsu di negeri ini.

Kanul Gindol berkata siasatan itu perlu dijalankan secara mendalam kerana sehingga kini siasatan hanya bergantung kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sahaja.

 “Semasa dalam (siasatan) RCI, beliau (Tun Dr Mahathir) hanya berkata saya tidak tahu … saya tidak terlibat,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini Isnin.

Kanul berkata, tindakan Dr Mahathir sejak kebelakangan ini sangat aktif dan mendakwa daripada gerak gerinya yang kumulatif menunjukkan beliau mempunyai motif.

Beliau berkata sudah tiba masanya pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri itu, lapor Bernama.
0 Komen untuk "Siasat Tun M Berhubung Isu Kad Pengenalan Di Sabah"