Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

Kes Culik Budak Di Kajang: Pemandu Teksi Dibebaskan

Kuala Lumpur –  Pemandu teksi yang menghantar pulang kanak-kanak yang diculik di Sungai Chua, Kajang, dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.
 Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, tiga lagi suspek akan didakwa di Mahkamah Kajang, esok pagi mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.
Beliau berkata, pemandu berusia 40 tahun itu dibebaskan mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah.
“Pemandu teksi terbabit dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan dan tidak mempunyai kaitan dengan suspek dan kejadian culik berkenaan,” katanya.
Kanak-kanak berusia lima tahun diculik dua lelaki ketika dihantar ibunya ke tadika di Taman Setia, Sungai Chua, 9 pagi, pada 9 Oktober lalu.
Kanak-kanak itu bagaimanapun ditemui pemandu teksi terbabit berjalan seorang diri di Bukit Angkat Sungai Chua sebelum menghantarnya pulang ke rumah keluarga mangsa di Taman Cahaya Suria, lapor Harian Metro.
1 Komen untuk "Kes Culik Budak Di Kajang: Pemandu Teksi Dibebaskan"

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.