Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

NGERI !! Kanak-kanak 2 Tahun Tertusuk Gunting Di Kepala

Kanak-kanak 2 tahun tertusuk gunting di kepala
NGERI !! Kanak-kanak 2 Tahun Tertusuk Gunting Di Kepala

JIANGSU - CHINA. Doktor berjaya mengeluarkan gunting yang tertusuk di kepala seorang kanak-kanak selepas dia secara tidak sengaja tertikam kepalanya sendiri semasa bermain.

Honghong, 2 tahun dari bandar Suquin, wilayah Jiangsu ditinggalkan bermain berseorangan semasa kedua ibu bapanya menyediakan makanan tengahari.

Ketika kanak-kanak tersebut bermain gunting berukuran 15 sentimeter panjang, dia tersadung dan terjatuh sehingga menyebabkan guting tersebut tertusuk ke bahagian kanan kepalanya.

Perkara tersebut disedari oleh ibu bapanya selepas terdengar tangisan Honghong dan dikejarkan ke hospital tempatan.

Hasil imbasan mendapati bilah gunting tersebut tertanam hampir 4 setimeter.

Honghong kemudian dirujuk ke Hospital Kanak-kanak Nanjing untuk rawatan lanjut.

Doktor yang merawat Honghong, Qian Jing berkata, bilah gunting tersebut telah menembusi tengkorak dia dan menyebabkan sedikit pendarahan intrakranial.

Kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana gunting tersebut tidak terkena pada arteri utama dan hanya menyebabkan kecederaan kecil pada otaknya.

Gunting tersebut berjaya dikeluarkan dari kepala kanak-kanak itu dan kini sedang dalam prosen pemulihan. lapor Sinar Online.
1 Komen untuk "NGERI !! Kanak-kanak 2 Tahun Tertusuk Gunting Di Kepala"

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.