Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

SAYU !! Luahan Hati OKU "Namun Ku Punya Hati..."

SAYU !! Luahan Hati OKU "Namun Ku Punya Hati..."

Kuala Lumpur: Dia pernah meminta kerja di pasar dan kedai runcit tetapi tidak dilayan, malah ketika dapat kerja membaiki barangan elektrik, hanya dua hari bekerja diminta berhenti pula.

Begitulah nasib orang kurang upaya (OKU), Mohd Faez Md Daud,23, yang menghidap penyakit miopati, iaitu penyakit berkaitan otot sejak lahir, menyebabkan pergerakannya terhad,bergantung kepada kerusi roda dan sukar menggenggam sesuatu.

Lebih memilukan, tiga lagi adiknya menghidap penyakit sama, manakala ibunya baru menjalani pembedahan pada Isnin lalu akibat penyakit barah payudara.

Mohd Faez yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berusia setahun dan tiga tahun berkata, dia menerima bantuan RM600 sebulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal, tetapi, dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, dia tidak boleh berpeluk tubuh.

Katanya, dia mahu mencari pekerjaan yang memberinya pendapatan untuk menyara keluarga.

"Setiap hari kami ikat perut kerana saya masih mengganggur.

“Isteri terpaksa membancuh sirap menggantikan susu untuk diberi kepada anak kerana kami tidak mampu membeli susu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya di Blok B Flat Sri Kelantan, Sentul , di sini, semalam.

Kisah pilu Mohd Faez pernah ‘viral’ di laman sosial apabila seorang wanita menceritakan bagaimana Mohd Faez memintanya mengeluarkan wangnya dari mesin ATM yang hanya berbaki RM47.10 dan melihat Mohd Faez hanya mampu membeli mi segera.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pekerja Muda, Dazma Shah Daud berkata, pihaknya akan cuba membantu Faez untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai

"Pihak kami mendapati Faez lebih cenderung ke arah bidang perniagaan dan kami akan cuba menbantu untuk dia berniaga.

"Misalnya Program 1AZAM yang membantu membebaskan isi rumah berpen
1 Komen untuk "SAYU !! Luahan Hati OKU "Namun Ku Punya Hati...""

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.