Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

PARAH !! Dibelasah, Ditetak 10 Samseng

Georgetown – Hanya kerana meletakkan kereta dan menghalang laluan kenderaan lain, seorang peniaga bertarung nyawa apabila menjadi mangsa tetak dan belasah sekumpulan 10 lelaki dalam kejadian di Astaka Desa Mawar, Kampung Melayu, Air Itam, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, lelaki berusia 40 tahun itu tidak sedarkan diri dan kehilangan banyak darah selepas cedera di kepala, leher serta seluruh badan akibat ditetak dengan parang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima maklumat daripada orang awam jam 7 pagi mengatakan terlihat seorang lelaki terbaring di tepi jalan.
Menurutnya, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan hasil siasatan mendapati mangsa sebelum itu bersama rakannya bertengkar dengan sekumpulan lelaki.
“Kumpulan lelaki terbabit tidak berpuas hati kerana mangsa meletak keretanya dan menghalang laluan masuk ke kawasan astaka berkenaan.
“Berlaku pertengkaran antara mangsa dan mereka sebelum keadaan menjadi kecoh apabila beberapa rakan suspek turut tiba dan cuba masuk campur,” katanya.
Menurutnya, kumpulan lelaki berkenaan yang bersenjatakan parang, topi keledar dan kayu terus membelasah mangsa hingga lembik manakala rakan mangsa pula hanya cedera ringan.
“Hasil keterangan daripada rakannya, dia mendakwa suspek tidak berpuas hati kerana mangsa meletakkan kereta dan menghalang laluan mereka yang ketika itu mahu masuk ke astaka terbabit.
“Setakat ini kita mengesan semua suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
Menurutnya, mangsa kini belum sedarkan diri dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP), lapor Harian Metro.
0 Komen untuk "PARAH !! Dibelasah, Ditetak 10 Samseng"