Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

Punca Sebenar Banduan Maut Dibunuh Dalam Sel


Seremban: Seorang banduan di Penjara Seremban di Temiang, di sini, maut ditikam dengan kaca lampu di bahagian tengkuk oleh seorang banduan lain dipercayai berpunca dendam lama, semalam.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 1 pagi itu, Faizal Mat, 35, dibunuh J John, 42, ketika tidur dalam sel bersama 25 banduan lain.

Katanya, punca kejadian disebabkan mangsa dipercayai sering membuli suspek dalam kelas bimbingan di penjara berkenaan.

“Dalam sel didiami 26 banduan itu, mangsa mentor kepada 25 banduan lain. Mangsa difahamkan sering membuli suspek menyebabkan lelaki itu berdendam dengannya,” katanya.

Sumber itu berkata, kemuncaknya apabila suspek mengambil lampu dan memecahkannya lalu menikam tengkuk mangsa. lapor myMetro.
0 Komen untuk "Punca Sebenar Banduan Maut Dibunuh Dalam Sel"