Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

SAYU !! Punca Sebenar Dua Beradik Pelajar U Bunuh Ibu Sendiri [Video]

SAYU !! Punca Sebenar Dua Beradik Pelajar U Bunuh Ibu Sendiri [Video]

Kuala Lumpur : Difahamkan, mangsa bersama dua anaknya yang juga suspek kejadian baru tiba dari Kelantan pada Jumaat lalu dan ke Kuala Lumpur bagi mengubati anak perempuannya yang dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus.


Jiran warga emas yang dipercayai mati dibunuh anaknya di Cheras petang semalam, ada dihubungi abang suspek dari Kelantan untuk memantau dua adiknya kerana panggilannya ke rumah itu tidak berjawab. 

Basir Abdullah, 41, jiran mangsa di Pangsapuri Sri Penara, di sini, berkata abang suspek yang juga pemilik rumah insiden pembunuhan itu berada di Kelantan kerana melawat neneknya yang sakit. Sebaik mendapat panggilan abang suspek yang menghidu sesuatu tidak kena di rumahnya, Basir bergegas pulang dari Seremban sekitar jam 11 pagi dan mengetuk pintu rumah itu tetapi tiada jawapan. 


VIDEO KLIK SINI
"Saya sangka tiada orang di rumah tetapi kira-kira jam 1.30 petang saya terdengar suara anak perempuan mangsa meracau dari dalam rumah dan tidak lama kemudian menendang pintu depan. "Wanita itu juga dilihat membuang pelbagai barang termasuk pakaian dari tingkap tandas rumah tanpa diketahui puncanya," katanya ditemui di sini, semalam.

Basir berkata, dia bersama jiran lain kemudian menelefon polis kerana bimbang perkara buruk berlaku. "Bomba juga tiba selepas itu dan memecahkan pintu rumah selepas individu di dalam rumah enggan membuka pintu. 

Sebaik pintu dibuka, pihak berkuasa mendapati mangsa sudah terbaring di atas lantai dalam keadaan tidak sedarkan diri. "Anak lelaki mangsa (suspek) duduk di atas sofa dalam keadaan tidak bermaya manakala, anak perempuannya yang sebelum itu meracau ditemui di dalam bilik,"katanya. 

Basir berkata, dia tidak menyangka berlaku pembunuhan di dalam rumah itu kerana menyifatkan keluarga mangsa sebagai orang yang baik. Polis semalam menahan sepasang adik-beradik bagi membantu siasatan kematian ibu mereka yang mayatnya ditemui dengan kesan lebam dan bengkak di muka dan kepala di Pangsapuri Sri Penara, Cheras. 

Dua beradik itu, masing-masing berusia 22 dan 25 tahun, ditahan berikutan penemuan mayat Wan Yah Wan Mat, 63, di ruang tamu tingkat 16 pangsapuri berkenaan, jam 3.05 petang. Suspek lelaki dan adik perempuannya adalah penuntut Universiti Awam. - BH
1 Komen untuk "SAYU !! Punca Sebenar Dua Beradik Pelajar U Bunuh Ibu Sendiri [Video]"

Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.