Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

Tebusan Rakyat Malaysia Dilaporkan Maut Dipancung

Kuala Lumpur – Seorang rakyat Malaysia yang diculik di Sandakan, Sabah dan menjadi tebusan Abu Sayyaf sejak Mei lalu, dilaporkan dipenggal kumpulan militan itu petang tadi.
Menurut laporan The Straits Times yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina, Bernard Ghen Ted Fen, 39, dibunuh pada jam 4 petang tadi di Pulau Jolo, Sulu kerana keluarganya “gagal mematuhi” tuntutan kumpulan militan itu semasa rundingan pembebasannya.
Bagaimanapun setakat ini, belum ada pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa Malaysia.
Bernard, seorang jurutera, sebelum ini diculik ketika menjamu selera di sebuah restoran atas air di Sandakan pada 11 Mei lalu.
0 Komen untuk "Tebusan Rakyat Malaysia Dilaporkan Maut Dipancung"