Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

Terbuka China: Chong Wei Jinakkan Lin Dan

Chong Wei tewaskan Lin Dan
Kuala Lumpur – Hasrat jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei untuk merangkul kejuaraan Terbuka China hampir menjadi kenyataan apabila berjaya tewaskan musuh tradisinya, Lin Dan pada aksi separuh akhir di Fuzhou hari ini.
Lin Dan terpaksa akur dengan kehebatan jaguh Malaysia itu yang bangkit memenangi perlawanan sehingga memasuki rubber set 17-21, 21-19, 21-19.
Sebagai rekod, Lin Dan telah memegang rekod pertemuan 25-10 ke atas Chong Wei setelah kali terakhir menundukkan juara Olimpik itu adalah di Terbuka Korea, Januari 2012.
0 Komen untuk "Terbuka China: Chong Wei Jinakkan Lin Dan"