Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

TERUNGKAI !! Punca Sebenar Gadis Ditemui Mati Di Rumah Bekas Kekasih

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan
Kuala Lumpur – Hasil bedah siasat kes gadis yang ditemui mati di sebuah pangsapuri di Cheras Utama, Cheras petang semalam mendapati mangsa telah didera dalam tempoh yang lama.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata terdapat banyak kesan bengkak teruk pada muka dan seluruh badan mangsa serta luka yang disyaki kesan seterika panas di kedua-dua betisnya.
“Sementara itu, bekas teman lelaki mangsa yang ditahan semalam akan direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 27 November bagi membantu siasatan.
“Hasil siasatan lanjut, polis mendapati bekas teman lelaki mangsa yang tidak mempunyai pekerjaan itu mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Polis menemui mayat gadis berusia 19 tahun itu kira-kira pukul 5.10 petang semalam setelah menerima maklumat.
Difahamkan, mangsa sebelum ini tinggal bersama bekas teman lelakinya di rumah berkenaan namun telah keluar dari rumah tersebut pada Oktober lepas kerana berlaku perselisihan faham.
Siasatan awal mendapati mangsa kemudian pulang ke rumah lelaki itu pada Rabu lalu dalam keadaan cedera teruk.
Lelaki berkenaan ingin membawa mangsa ke hospital, tetapi mangsa enggan dan menyatakan bahawa dia telah dikejar dan dipukul oleh teman lelakinya yang baharu.
Sehubungan itu, polis sedang memburu seorang lelaki dan wanita bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan, lapor Bernama.
0 Komen untuk "TERUNGKAI !! Punca Sebenar Gadis Ditemui Mati Di Rumah Bekas Kekasih"