Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

SAYU !! Bapa Menangis Anak-anak Ditemui Mati Berlumuran Darah

Alor Setar – Seorang bapa tidak dapat menahan kesedihan dengan kematian dua anaknya di rumah mereka di Taman Wiram, Sungai Petani semalam.
Tee Choi Peng, 36, yang bekerja sebagai tukang masak di Singapura kelihatan menangis sebaik tiba di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini tengah hari tadi.
Anak-anak lelakinya yang berusia tiga dan lima tahun ditemui dalam keadaan berlumuran darah akibat kesan kelaran.
Ekoran itu pihak polis menahan seorang wanita yang dipercayai ibu mereka yang berusia 35 tahun bagi membantu siasatan.
Kira-kira 20 orang anggota sukarelawan dari Persatuan Buddhist Tzu Chi turut mengadakan upacara sembahyang khas di pintu utama Jabatan Forensik hospital di samping memberikan kaunseling kepada anggota keluarga berkenaan.
Datuk mangsa Saw Weng Choon, 60, berkata kejadian itu sangat tragis untuk diingati.
“Setiap kali saya hendak menceritakan kejadian tersebut, saya tidak mampu dan rasa hendak menangis,” katanya kepada pemberita, lapor Bernama.
0 Komen untuk "SAYU !! Bapa Menangis Anak-anak Ditemui Mati Berlumuran Darah"