Norich Media

Sumber informasi terkini dan alternatif

Seksyen 7. UiTM, Puncak Alam Banjir

Seksyen 7. UiTM, Puncak Alam Banjir

Shah Alam: Hujan lebat bermula jam 3 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Seksyen 7 di sini, Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam dan kawasan sekitarnya dinaiki air.

Keadaan itu menyebabkan kenderaan yang diletak di kawasan berkenaan ditenggelami air namun banjir pulih selepas hujan berhenti kira-kira jam 5 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, enam lokasi banjir kilat dilaporkan kepada pihaknya iaitu Lorong Gajah, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh; Kampung Bukit Cherakah, Batu 3, Jalan Kapar dan Jalan Jati, Kampung Melayu Subang serta Kampung Sri Aman Puchong.

Katanya, bagi semua kawasan berkenaan tiada pusat pemindahan dibuka kerana air surut selepas hujan berhenti.

"Namun di Kampung Chinchang, Sepang, 15 keluarga dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan sementara menunggu air surut," katanya. lapor myMetro.
0 Komen untuk "Seksyen 7. UiTM, Puncak Alam Banjir"